top of page

PM Anwar ucap tahniah kepada Agong, Permaisuri



Oleh: Helmi Mohd Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.


Perdana Menteri berkata pihaknya dan rakyat akan terus memberikan ketaatan serta kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada baginda.


"Patik dan sekalian rakyat juga mendoaakan ke hadrat Allah semoga Duli Tuanku serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Daulat Tuanku!," kata beliau dalam kenyataan hari ini.


Sultan Ibrahim selamat mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini.


Baginda turut menandatangani surat pengisytiharan sumpah jawatan dalam istiadat di Balairung Seri yang turut dihadiri oleh Raja-Raja Melayu.


Surat pengisytiharan angkat sumpah jawatan itu kemudian dibacakan oleh Perdana Menteri.


Sultan Perak Sultan Nazrin Muizuddin Shah pula melafaz sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong buat kali ketiga.


Pelantikan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja Raja Melayu itu terkandung dalam Perkara 32 dan 33 Perlembagaan Persekutuan.


Upacara angkat sumpah jawatan itu disaksikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhriz Tuanku Munawir.

Turut hadir Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.


Istiadat tersebut diadakan dalam mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu ke-264 dengan dipengerusikan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.


Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah yang menamatkan penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 semalam.


*Foto kredit: Foto rasmi YDPA

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page