top of page

PM Anwar ucap tahniah kemenangan PM Lawrence, Singapura

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 6
  • 1 min read


Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah ke atas Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) atas kemenangan besar mereka dalam pilihan raya umum republik itu baru-baru ini.


Perdana Menteri dalam panggilan telefon dengan rakan sejawatannya itu berkata Malaysia menantikan untuk bekerjasama rapat dengan PM Lawrence dan pentadbirannya dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin.


"Mandat kukuh yang diterima PAP [dengan] memenangi 87 daripada 97 kerusi mencerminkan keyakinan dan kepercayaan tinggi rakyat Singapura terhadap kepimpinan PM Lawrence," katanya dalam hantaran di Facebook.


Perdana Menteri berkata Malaysia dan Singapura mempunyai hubungan berteraskan sejarah selain kerjasama utuh dalam ekonomi serta ikatan sesama rakyat yang berjiran.

"Saya yakin di bawah kepimpinan beliau (PM Lawrence), hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura akan terus berkembang dengan lebih kukuh, terutamanya ketika Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN tahun ini," katanya.


Menurut laporan media antarabangsa, Pilihan Raya Umum Singapura 2025 pada 3 Mei lalu menyaksikan PAP menang besar dengan meraih 87 daripada 97 kerusi Parlimen, meningkatkan undi popular kepada 65.6% berbanding 61% pada 2020.


Parti Pekerja (WP) mengekalkan 10 kerusi dan memperoleh dua kerusi Anggota Parlimen Bukan Konstituensi (NCMP), menjadikannya sebagai pembangkang utama.


Dengan kemenangan itu, PAP mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen, yang telah dimilikinya sejak kemerdekaan Singapura.


Lawrence menggantikan Lee Hsien Loong sebagai Perdana Menteri sejak Mei 2024.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page