PM Anwar tunai janji bangkit isu Gaza di hadapan Presiden Trump
- Suara Keadilan
- 2 hours ago
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar membuktikan prinsip 'talk with action' apabila membangkitkan isu konflik di Gaza secara berdepan dengan Donald Trump ketika Presiden Amerika Syarikat (AS) menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara semalam.
Tindakan itu mencerminkan komitmen Malaysia untuk menegakkan keadilan bagi rakyat Palestin tanpa mengabaikan kepentingan diplomatik dan perdagangan serantau.
Menerusi satu video yang dimuat naik, Anwar dilihat menyampaikan ucapan berkaitan konflik di Palestin sambil mengalu-alukan rancangan komprehensif daripada Trump untuk menamatkan konflik di negara tersebut.
''Ia telah memberi harapan kepada dunia bahawa walaupun dalam konflik yang paling sukar diselesaikan, dasar diplomasi dan ketekunan boleh mengatasinya.
''Kami yakin bahawa di bawah kepimpinan anda (Trump), keamanan yang adil dan berkekalkan akan dapat dicapai,'' kata Anwar dalam video itu.
Meninjau di ruangan komen pula, Presiden KEADILAN itu dilihat menerima pujian warga maya atas keberaniannya menyuarakan isu Palestin kepada Blok Barat.
Mohd Nasir Iskandar menyifatkan Anwar seorang pemimpin yang hebat, tegas, berani dan bijak dalam berdiplomasi.
Seorang lagi warga maya Nazli_Mansor mengucapakan tahniah kepada Malaysia atas keberanian bersuara secara terbuka dan mendoakan semoga rakyat Palestin mendapat keadilan.
''PMX terbaik! Minta Presiden US datang sebab nak cakap terus tentang Gaza. Inilah bukti PMX berani bersuara. Biasalah bukan mudah nak puaskan hati semua rakyat,'' kata kata seorang lagi netizen, Hamizan.





