top of page

PM Anwar tiba di Sabah bertemu pemimpin negeri



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Kota Kinabalu malam tadi bagi mencari penyelesaiaan kebuntuan politik di negeri Sabah.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu yang baru selesai lawatan rasmi pertama ke Indonesia tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada kira-kira jam 9.40 malam melalui penerbangan terus dari Jakarta.


Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.


ADUN dan pemimpin PH Sabah termasuk Pengerusi PH Sabah Datuk Christina Liew dan Menteri Persekutuan Datuk Ewon Benedick turut hadir menyambut ketibaan Anwar.


Kebuntuan politik di Sabah mula tercetus apabila beberapa ADUN Sabah daripada UMNO menarik balik sokongan kepada Hajiji.


UMNO Sabah dan Warisan didakwa sedang berusaha untuk membentuk Kerajaan Negeri baharu sekiranya berjaya menumbangkan Hajiji.


Hajiji kelmarin mendakwa beliau masih mempunyai sokongan majoriti yang membolehkan beliau kekal memegang jawatan Ketua Menteri.


Dalam pada itu, Anwar sebaik tiba di Kota Kinabalu terus ke Magellan Sutera Harbour Resort pada jam 10.10 malam bertemu Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan para pemimpin dari parti Warisan.


Dipetik laporan portal FMT malam tadi, Anwar selepas pertemuan itu berkata kepada media bahawa 'situasi kini sedikit baik'


Beliau dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jelasnya sedang mencari "formula yang baik untuk Sabah, yang kemudian perlu diputuskan oleh pemimpin Sabah sendiri".

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page