top of page

PM Anwar tiba di Republik Kyrgyz lawatan rasmi dua hari



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Republik Kyrgyz atau Kyrgyzstan untuk memulakan lawatan dua harinya selepas selesai lawatan di Qatar.


Menurut Anwar, misi beliau dan delegasi ke Republik Kyrgyz adalah untuk meneroka pasaran baharu di negara berkenaan berikutan peningkatan perdagangan dua hala sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


"Usai tugasan di Qatar, saya terus ke Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari seraya diapit delegasi kerajaan Malaysia termasuk Jemaah Menteri dalam usaha mengukuhkan hubungan, selain mengintai peluang kerjasama baharu antara kedua negara.


"Sayugia, Republik Kyrgyz ini adalah negara pertama dikunjungi dalam kerangka lawatan ke Asia Tengah yang turut meliputi Kazakhstan dan Uzbekistan," katanya.


Tambah Anwar, beliau akan menghadiri beberapa program rasmi sepanjang lawatan berkenaan sebelum beliau dan delegasi berlepas ke Kazakhstan, satu lagi negara di Asia tengah.


Untuk rekod, perdagangan Malaysia – Kyrgyzstan mencatatkan jumlah RM162.3 juta (AS$36.35 juta) pada tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 312.6% berbanding 2022.


Malaysia mengeksport barangan bernilai RM161.1 juta (AS$36.09 juta) ke negara itu pada 2023, dan mengimport barangan elektrik dan elektronik, serta produk kimia bernilai RM1.22 juta (AS$0.27 juta)


*Foto kredit: Afiq Hambali/PMO

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page