top of page

PM Anwar terus komited bela nasib rakyat Palestin



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menunjukkan komited dalam tekadnya untuk membela rakyat Palestin.


Setelah memperlihatkan banyak tindakan tegas diambil, kali ini beliau sekali lagi tidak berganjak daripada perjuangannya itu.


Berucap merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk al-Aqsa dan Palestin di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, beliau menegaskan, negara barat tidak perlu mengajar dunia Islam mengenai makna demokrasi dan hak asasi.


Katanya, negara barat sebaliknya perlu menghentikan usaha mengawal media antarabangsa, semata-mata demi mengetengahkan naratif yang tidak tepat mengenai peperangan di Gaza dan Palestin.


"Negara barat juga perlu memperbetul naratif dan mengakui bahawa pergolakan di Palestin bermula dan berlarutan sejak 1948, dan bukannya bermula akibat serangan Hamas pada 7 Oktober.


"Kita perlu jelas dan tidak boleh ditentukan oleh negara barat yang mahu memulakan naratif (serangan berterusan di Palestin bermula sejak tindakan ketenteraan Hamas) pada 7 Okt lalu.


"Pemusnahan berterusan (di Palestin) berlaku sejak 1948, diikuti pencerobohan langsung ke Masjid al-Aqsa pada 1969.


"Malah kini pemusnahan berterusan, sama ada infrastruktur atau manusia serta genosid. Ini yang berlaku," katanya.


Pendirian Malaysia tidak berubah


Dalam hal ini, Anwar turut menegaskan bahawa Malaysia kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan syarikat yang berdaftar di Israel masuk dan melakukan sebarang aktiviti di negara ini.


Perjuangan membebaskan Masjid al Aqsa dan memerdekakan Palestin akan diteruskan

Justeru kata beliau, kerajaan harus menggunakan kebijaksanaan, mengetahui kekuatan, hak serta kesempatan untuk membangunkan kekuatan dalaman dan tidak hanya menentang semberono sehingga melemahkan seni budaya negara.


"Orang-orang yang menegur kita dalam soal perdagangan dengan mana-mana syarikat, harus menjawab mengapa pada ketika mereka terlibat dengan tampuk penguasaan mengizinkan perdagangan terus dengan (syarikat perkapalan) ZIM dan syarikat Israel.


"Itu bagi saya isu pokok yang harus dijawab.


"Saya tidak mahu guna ruang ini hanya nak jelas hal sedemikian, tapi kita harus tekankan, tapi kita harus sepakat, satu suara," katanya lagi.


Tegas PMX, belih banyak ikhtiar membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin akan diambil atas pertimbangan kemanusiaan dan semoga ianya mendapat sokongan rakyat Malaysia.


________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page