top of page

PM Anwar terima Order of the Republic Türkiye

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read
PM Anwar menerima  penghormatan tertinggi Republik Türkiye, dianugerahkan Order of the Republic
PM Anwar menerima  penghormatan tertinggi Republik Türkiye, dianugerahkan Order of the Republic

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima penghormatan tertinggi Republik Türkiye apabila dianugerahkan Order of the Republic yang disampaikan oleh Presiden Recep Tayyip Erdoğan, sebagai pengiktirafan terhadap usaha berterusan memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Türkiye.


Menurut Anwar, penganugerahan berprestij itu diterima dengan penuh rasa syukur dan rendah diri, bukan atas kapasiti peribadi, sebaliknya sebagai penghormatan kepada seluruh rakyat Malaysia.


"Menerima penghormatan tertinggi Republik Türkiye melalui penganugerahan Order of the Republic, yang disampaikan oleh Presiden Recep Tayyip Erdoğan, sebagai pengiktirafan terhadap usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Türkiye," katanya dalam muat naik di media sosial.


Beliau berkata, penganugerahan tersebut turut melambangkan keakraban persahabatan yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Türkiye, yang dibina atas asas kepercayaan, saling menghormati serta aspirasi bersama ke arah keamanan dan kemakmuran sejagat.


"Penganugerahan ini juga melambangkan keakraban persahabatan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, berteraskan kepercayaan, saling menghormati dan aspirasi bersama untuk keamanan serta kemakmuran sejagat," ujarnya.


Sehubungan itu, Anwar berharap penghormatan berkenaan akan menjadi pemangkin baharu dalam memperkukuh kerjasama strategik antara Malaysia dan Türkiye merentasi pelbagai bidang keutamaan.


"Saya berharap pengiktirafan ini akan terus menjadi pemangkin untuk memperkukuh kerjasama Malaysia dan Türkiye merentasi pelbagai bidang strategik, demi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara," katanya.


Untuk rekod, PM dalam rangka lawatan selama tiga hari ke Turkiye bagi mengeratkan hubungan dua hala, teknologi dan perdagangan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page