top of page

PM Anwar terima kunjungan Pendakwa Raya ICC

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 24, 2024
  • 1 min read


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa menerima kunjungan hormat daripada Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Karim Khan.


Melalui satu hantaran di laman Facebooknya, Anwar berkata pada pertemuan itu beliau telah dimaklumkan mengenai peranan Mahkamah Jenayah Antarabangsa.


Selain itu turut dijelaskan peranan mahkamah antarabangsa itu dalam isu-isu antarabangsa terutamanya di Palestin dan Myanmar.


Menurut Anwar, pada pertemuan itu beliau menekankan pendirian Malaysia dalam isu Palestin.


"Malaysia menuntut akauntabiliti atas segala jenayah kejam dari rejim Zionis Israel termasuk penganiayaan terhadap rakyat Palestin khususnya kanak-kanak.


"Malah saya juga menggesa pihak ICC untuk mempercepatkan tindakan demi menegakkan keadilan bagi rakyat Palestin," katanya menerusi hantaran itu.


Mengenai perihal isu Myanmar, beliau mengulangi kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam mencari jalan penyelesaian.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page