top of page

PM Anwar terima kunjungan 'Elon Musk of Thailand'



Pelaburan teknologi tinggi amat diperlukan oleh Malaysia bagi menjana bukan sahaja peluang pekerjaan, tetapi gaji yang bermaruah bagi para pekerja.


Sehubungan itu, kunjungan peneraju teknologi tenaga boleh diperbaharui serta teknologi hijau di Thailand, Somphote Ahunai yang juga dikenali sebagai ‘Elon Musk of Thailand’ menemui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diharap akan menjana lebih banyak pelaburan.


Somphote yang mempunyai cawangan perniagaan di Malaysia iaitu Energy Absolute Malaysia Sdn Bhd juga terlibat menjana perniagaan secara usahasama dengan syarikat tempatan.


"Pagi tadi saya menerima delegasi dari Thailand yang diketuai oleh Somphote Ahunai yang mewakili Energy Absolute (EA) Malaysia Sdn Bhd.


"Syarikat EA yang mempunyai kekuatan modal pasaran sebanyak THB 380 bilion bersamaan RM45 bilion dan ingin meneroka pasaran Malaysia berlandaskan prinsip-prinsip seperti mendukung, melabur dan mengangkat projek pemicu (pilot project) yang akan berkolaborasi dengan Computer Forms Malaysia Berhad (CFM) untuk membangunkan industri teknologi hijau di Malaysia," kata beliau dalam catatan di Facebook.


Menurut Anwar, pemindahan teknologi kereta elektrik (EV) ke Malaysia, membina kilang pembuatan dan bekalan EV, khususnya dalam sektor pengangkutan seperti bas elektrik, bas sekolah elektrik, bot elektrik, motosikal elektrik, bateri EV, kereta api elektrik, kereta mobil elektrik dan lain-lain akan menjana pelaburan sekitar RM5 bilion.


Beliau mengalu alukan usahasama antara Malaysia dan Thailand tersebut atas semangat ASEAN.


"Sebagai anggota Komuniti Ekonomi ASEAN, dengan budaya dan warisan yang hampir sama, kerjasama antara Malaysia dan Thailand terus kukuh dengan semangat kejiranan yang tinggi dengan kerjasama di pelbagai lapangan yang relevan," katanya lagi.

0 comments

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page