top of page

PM Anwar tangguh program di T'ganu, utamakan rakyat hadapi banjir



Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan menangguhkan program beliau di Tasik Kenyir, Terengganu yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini bagi memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat yang menghadapi bencana banjir.


Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Ahli Parlimen Kemaman setelah beliau selesai menghadiri sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.


"Mengambil kira situasi banjir terkini yang kian meruncing di Terengganu, saya memutuskan untuk menangguhkan dahulu rencana itu.


"Saat ini, kepedulian terhadap kebajikan rakyat yang terkesan dengan bencana ini menjadi keutamaan dan perlu diuruskan sebaiknya," kata beliau dalam hantaran di Facebook.


Anwar turut mendoakan agar mangsa banjir di semua negeri yang terlibat terus tabah dalam mendepani musibah itu.


Menurut laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara dalam kemas kini pada pukul 4 petang tadi, seramai 14,111 mangsa daripada 4,113 keluarga direkodkan di Terengganu melibatkan tujuh daerah iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang dan Kuala Nerus.


Selain Terengganu, banjir juga melanda Kelantan, Kedah, Perlis, Perak dan Johor.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page