top of page

PM Anwar - Sultan Brunei kukuhkan kerjasama dua hala

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 26, 2024
  • 1 min read

ree

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 Malaysia dan Brunei di Bandar Seri Begawan.


Anwar dijadual menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah pagi ini dan mengadakan pertemuan empat mata di Istana Nurul Iman.


Sultan Hassanal Bolkiah juga berkenan untuk menyaksikan bersama Anwar pemeteraian beberapa instrumen dua hala termasuk melibatkan sempadan darat.


Sebelum ini, Kuasa Usaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Nur Ezira Mahadi berkata, kedua-dua pemimpin akan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.


Beliau berkata pada Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 Malaysia dan Brunei itu, Sultan Hassanal Bolkiah dan Anwar akan meneliti semula kemajuan kerjasama dua hala dan isu tertunggak melibatkan kedua-dua negara.


Nur Ezira berkata rundingan itu juga akan mengukuhkan lagi hubungan istimewa dan kerjasama pelbagai hala antara kedua-dua negara, yang ditunjangi institusi Kesultanan Melayu dan persamaan lain seperti budaya, bahasa dan warisan.


Pada 2023, Brunei merupakan rakan perdagangan ke-30 terbesar Malaysia dan keenam terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN dengan jumlah dagangan RM9.31 bilion (AS$2.04 bilion).


Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, Malaysia mencatat jumlah dagangan sebanyak RM3.53 bilion (AS$0.75 bilion) dengan Brunei.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page