top of page

PM Anwar seru tangani segera cabaran pendidikan negara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 4
  • 1 min read

PM Anwar mempengerusikan  Mesyuarat Majlis Pendidikan Negara (MPN) melibatkan KPM dan KPT di Putrajaya
PM Anwar mempengerusikan  Mesyuarat Majlis Pendidikan Negara (MPN) melibatkan KPM dan KPT di Putrajaya

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa cabaran dalam sektor pendidikan perlu ditangani dengan segera melalui usaha strategik dan penyelarasan menyeluruh di peringkat nasional.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, perkara itu telah ditegaskan pada Mesyuarat Majlis Pendidikan Negara (MPN) dipengerusikan Perdana Menteri pada Jumaat.


"MPN adalah usaha strategik Kerajaan MADANI bertujuan untuk menyelaras hala tuju, dasar dan pelaksanaan pengoperasian pendidikan negara bermula dari prasekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi.


"Perdana Menteri memberi penekanan khusus kepada cabaran sektor pendidikan yang perlu ditangani segera," katanya dalam satu hantaran di media sosial.


Menurut Fadhlina, isu yang diketengahkan berkaitan bidang-bidang tumpuan termasuk STEM, TVET, pendidikan digital serta memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuh Bahasa Inggeris.

Mesyuarat turut menyaksikan pembentangan awal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (PPPM) 2026-2035, yang bakal menggantikan pelan sedia ada yang berakhir tahun ini.


"Pelan baharu itu dirangka bagi memperkukuh ekosistem pendidikan negara seiring cabaran semasa dan keperluan masa depan.


"Ia memerlukan kerjasama strategik merentas kementerian dan agensi bagi memartabatkan pendidikan negara demi manfaat semua anak Malaysia," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page