top of page

PM Anwar seru diplomat Malaysia perkukuh diplomasi ekonomi

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
May 21
1 min read
DS Anwar dalam pertemuan bersama 13 Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia di pejabatnya
DS Anwar dalam pertemuan bersama 13 Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia di pejabatnya

Diplomat Malaysia diseru terus berusaha memperkukuh keupayaan diplomasi ekonomi negara khususnya dalam menarik perdagangan, pelaburan berkualiti tinggi dan meneroka peluang kerjasama strategik yang mampu memperkasa pertumbuhan ekonomi secara mampan.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah dinyatakan ketika menerima kunjungan hormat 13 Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang bakal bertugas di pelbagai rantau strategik dunia.


"Peranan seorang diplomat menuntut lebih daripada sekadar penguasaan protokol dan hubungan rasmi antara negara , hatta memerlukan kefahaman yang mendalam terhadap sejarah, budaya, sistem politik serta nuansa masyarakat setempat agar setiap keterlibatan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan bermakna.


"Saya tekankan juga pentingnya usaha berterusan untuk membimbing dan memperkasa generasi diplomat muda agar memiliki keluasan ilmu, ketajaman pemikiran serta kemampuan mendepani geopolitik dan ekonomi global yang semakin mencabar dan kompleks ketika ini," katanya dalam muat naik di media sosial.


Menerusi hantaran sama beliau menegaskan pendirian Malaysia yang terus berpegang pada prinsip kesederhanaan, kestabilan, tadbir urus yang baik serta pendekatan diplomasi berteraskan kebijaksanaan dan nilai kemanusiaan sejagat dalam membawa suara negara di pentas dunia.

4 Comments


Shu Guo
Oct 19

Congrats to the PhD students on these well-deserved recognitions. Sharing research news like this is important, and making key phrases stand out helps readers catch the main point quickly. A bold text generator is handy for emphasizing just the award names or project titles without reformatting the whole post.

Like

Shu Guo
Oct 11

Congrats on getting this space up and running. As you keep building out content, visuals tend to slow people down. I have been using picmiu AI to turn plain text into images in seconds, which might help here. Curious to see what you publish next.

Like

nytwordlehints
Sep 08

Your perspective on this topic is both unique and enlightening. This piece provides a fresh and compelling take on the subject. sprunki shifted

Like

Trees Hate You
Trees Hate You
Jun 04

The tension in Trees Hate You comes from never knowing which tree will strike next or where safety truly lies.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page