top of page

PM Anwar serah sumbangan kepada saudara Roselan



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menyantuni aktivis awal reformasi yang menabur jasa dalam perjuangan politiknya.


Terbaharu beliau menyerahkan sumbangan kepada saudara Roselan atau lebih dikenali sebagai Cik Lan di Kota Damansara.


Anwar melalui hantaran di laman Facebooknya berkata, sumbangan telah disampaikan melalui Setiausaha Politiknya, saudara Farhan Fauzi yang menziarahi Roselan di kediamannya.


"Saudara Roselan kini menghadapi masalah kesihatan yang kronik yang mengakibatkan beliau terputus sumber pendapatan untuk menyara keluarga.


"Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, InshaAllah," kata Anwar yang juga Presiden KEADILAN.


Difahamkan, sumbangan diberikan bertujuan membantu urusan harian dan perubatan saudara Roselan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page