top of page

PM Anwar selamat jalani pembedahan laparoskopi rawat hernia perut

Writer: Helmi Mohd Foad
Helmi Mohd Foad
Aug 10
1 min read

Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut atau para-umbilical hernia hari ini.


Ketua Pasukan Perubatan kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah berkata prosedur berkenaan berjalan lancar di bawah kendalian pasukan pakar perubatan.


"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia).


"Prosedur tersebut berjalan lancar di bawah kendalian pasukan pakar perubatan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut beliau, Anwar kini sedang menjalani rawatan fisioterapi dan berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan bagi memastikan proses pemulihannya berjalan dengan baik.


Terdahulu pagi tadi, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan Anwar menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.


Bagaimanapun, kenyataan pada sebelah pagi itu tidak memperincikan jenis pemeriksaan atau prosedur perubatan yang dijalani Perdana Menteri.


Tunku Nashrul berkata, Anwar dijangka kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat selepas selesai menjalani pemeriksaan dan prosedur berkenaan.


Kenyataan terbaharu pasukan perubatan petang ini kemudian mengesahkan prosedur berkenaan adalah pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat para-umbilical hernia.


"Beliau kini sedang menjalani rawatan fisioterapi serta berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik," kata Dr Asri.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page