top of page

PM Anwar santuni pejuang reformasi, tidak lupa pengorbanan



Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengenang jasa mereka yang pernah berkorban dalam perjalanan politiknya.


Pada Selasa, beliau menghulurkan sumbangan dan menyantuni pejuang reformasi terawal yang kini diuji dengan keuzuran melalui setiausaha politiknya, Farhan Fauzi.

"Hari ini Setiausaha Politik saya saudara Ahmad Farhan Fauzi telah menziarahi aktivis awal reformasi saudara Pospan Linggam atau lebih dikenali sebagai Puspa yang kini uzur dek kerana masalah kesihatan.


"Saudara Puspa merupakan antara individu yang terlibat secara aktif dalam gerakan massa sewaktu gelombang reformasi meledak lewat 1990-an, selain pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam bagi penggal 2010/2011.


"Farhan telah memberikan sedikit bantuan dari pihak saya bagi meringankan beban yang ditanggung. Saya amat berharap ia memberi sedikit kelegaan kepada saudara Puspa dalam menempuh hari mendatang," kata Anwar melalui satu hantaran di Facebooknya.


Sementara itu melalui hantaran lain, Presiden KEADILAN itu turut memaklumkan Farhan Fauzi turut menziarahi seorang lagi aktivis reformasi, Aisah Lamsah yang menghidap penyakit lutut yang kronik di Rantau, Negeri Sembilan.


Difahamkan, Aisah juga perlu menjaga anaknya Muhammad Syakhir yang menghidap Spinal Ependymoma atau ketumbuhan tumor di bahagian tulang belakang yang memerlukan pembedahan segera.


"Saudara Farhan turut menyampaikan bantuan kepada Puan Aisah bagi pihak saya.

"Memohon semua untuk sama mengirim doa buat Puan Aisah dan adik Syakhir agar selamat menjalani pembedahan dan kembali sihat seperti sediakala, inshaAllah," tulis Anwar.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page