top of page

PM Anwar sampaikan ucapan takziah kepada Ismail Haniyeh

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 12, 2024
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi pemimpin utama gerakan Hamas, Ismail Haniyeh susulan serangan udara rejim Israel yang membunuh tujuh ahli keluarganya pada Rabu.


Melalui satu hantaran di laman Facebooknya, Anwar berkata beliau telah menyampaikan ucapan dukacita dan takziah atas pemergian tiga anak lelaki dan empat cucu pemimpin de factor gerakan Hamas itu.


"Saya mewakili seluruh rakyat Malaysia menyatakan solidariti tidak berbelah bahagi dan semangat kebersamaan tinggi bersama keluarga Ismail serta seluruh rakyat Palestin yang telah kehilangan keluarga tersayang.


"Malaysia menzahirkan kecaman dan kutukan sekeras-kerasnya ke atas rejim biadab zionis Israel yang berterusan melakukan genosid kebencian ke atas warga Palestin.


"Ini membuktikan mereka tiada keinginan melakukan gencatan senjata sepertimana dituntut Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tempoh hari dan tidak tunduk atau patuh kepada prinsip hukum serta undang-undang antarabangsa," katanya.

Al Jazeera semalam, melaporkan tiga anak lelaki Ismail iaitu Hazem, Amir dan Mohammad serta sekurang-kurangnya tiga cucu, terbunuh akibat dibom rejim Zionis.


Ia sekali gus menjadikan seramai 60 ahli keluarga ketua umum hamas itu, termasuk anak saudaranya terbunuh sejak peperangan bermula.


Kejadian terbabit berlaku ketika keluarga Ismail menziarahi saudara mereka di kem pelarian Shati di utara Gaza.


Sementara itu, Anwar melalui kenyataan sama mendesak supaya komuniti antarabangsa bertindak tegas terhadap tentera Israel atas kezaliman yang dibuat dan perlu bekerja untuk menjelmakan keamanan buat rakyat Palestin yang secara konsisten dinafikan sejak 75 tahun lalu.


"Serangan kurang ajar oleh rejim pengecut zionis Israel ini hanya melenyapkan sebarang harapan ke arah penyelesaian secara aman dengan prinsip kemanusiaan dan hak asasi manusia terus diinjak tanpa noktah," tegasnya.


Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page