top of page

PM Anwar sampaikan sumbangan kepada peniaga terbabit kebakaran

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 4, 2024
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menyantuni 17 peniaga yang terkesan akibat kebakaran di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi, Perak, Mac lalu.


Melalui hantaran di laman Facebooknya, Anwar berkata beliau melalui setiausaha politiknya, Muhammad Kamil Abdul Munim telah menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mereka yang terlibat.


"Saya zahir simpati terhadap nasib peniaga yang menjadi mangsa.


"Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan kerugian yang mereka alami, inshaAllah," katanya.


Dalam kejadian pada 10 Mac itu kebakaran dikatakan bermula di tingkat dua premis perniagaan berkenaan sekitar jam 6.45 petang.


Kejadian disedari orang ramai selepas bekalan elektrik terputus diikuti bunyi loceng penggera kebakaran.


Media melaporkan, kira-kira 40 pekerja dengan lebih 200 pengunjung berada di dalam pasar raya Mydin Manjoi berkenaan bagi membuat persiapan akhir persekolahan dan menyambut Ramadan.


Kesemua pekerja dan pengunjung sempat mengosongkan premis sebelum api mula marak di tingkat dua bangunan yang menempatkan seksyen pakaian, barangan elektrik dan keperluan harian.


Mydin dilapor telah mengalami kerugian sekitar RM50 juta akibat insiden itu.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page