top of page

PM Anwar rakam tahniah pencapaian Hakim Danish

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 1 day ago
  • 1 min read
Hakim Danish merangkul kejuaraan di Grand Prix (GP) Czech. Kredit foto: Berita Harian
Hakim Danish merangkul kejuaraan di Grand Prix (GP) Czech. Kredit foto: Berita Harian

Pencapaian cemerlang pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli yang merangkul kejuaraan di Grand Prix (GP) Czech semalam mendapat perhatian dan pujian daripada Perdana Menteri.


Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di platform media sosial X, menyifatkan kejayaan tersebut sebagai satu pencapaian yang membanggakan buat negara.


"Tahniah Hakim Danish! Langkah masih panjang, terus cipta lebih banyak kejayaan," kata beliau menerusi hantaran tersebut.


Kemenangan Hakim Danish menamatkan penantian 10 tahun Malaysia untuk melihat Jalur Gemilang kembali berkibar di podium Moto3 sejak kali terakhir dicapai Khairul Idham Pawi menerusi kemenangan di GP Argentina dan GP Jerman pada musim 2016.


Perlumbaan semalam menyaksikan kebangkitan luar biasa Hakim Danish yang terpaksa bermula dari petak ke-14 biarpun pada asalnya berjaya meraih petak kedua susulan hukuman pada sesi kelayakan.


Kejayaan tersebut merupakan penampilan kedua Hakim Danish di podium musim ini, selepas mencuri tumpuan apabila menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Itali di Litar Mugello di tempat ketiga, bulan lepas.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page