top of page

PM Anwar pimpin ASEAN ke arah damai - MB Selangor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 29
  • 2 min read

Kemampuan Anwar menyelesaikan konflik Thailand - Kemboja dalam satu mesyuarat menaikan nama Malaysia
Kemampuan Anwar menyelesaikan konflik Thailand - Kemboja dalam satu mesyuarat menaikan nama Malaysia

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kejayaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pendamai yang meredakan konflik Kemboja - Thailand sekali lagi menunjukkan kepimpinan Malaysia di rantau ASEAN.


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kemampuan ditampilkan Anwar sebagai Pengerusi ASEAN untuk membuka ruang rundingan dan mediasi aman menangani konflik yang hampir mencetuskan perang terbuka itu seharusnya menjadi model dan mekanisme penyelesaian semua pertikaian rantau di masa hadapan.

"Ketika pemimpin kuasa besar tradisi seolah-olah mengabaikan nilai kehidupan, hari ini, ASEAN telah membuktikan bahawa perang dapat dan mesti dielakkan – menolak konflik dan menegakkan prinsip kemanusiaan, kedaulatan undang-undang serta keharmonian serantau.


"ASEAN tidak mampu ditarik ke medan perang. Kita telah melihat kesan perang di Eropah dan Afrika, dan kita telah melihat genosid di Timur Tengah.


"Kejayaan ini membolehkan ASEAN menarik nafas lega. Datuk Seri Anwar telah mempamerkan ketegasan, kewibawaan dan sifat kenegaraan tinggi apabila bertindak segera menjadi orang tengah dalam rundingan semalam," katanya menerusi satu kenyataan.


Kemboja dan Thailand berselisih pendapat mengenai sempadan sepanjang 817 kilometer yang belum dimuktamadkan sehingga menjejaskan hubungan diplomatik kedua-dua negara.


Konflik itu memuncak pada 25 Julai lalu apabila tercetus pertempuran bersenjata di utara Kemboja.


Susulan itu, Anwar telah mempengerusikan mesyuarat khas bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai dan satu persetujuan dicapai untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta bermula malam tadi.

Amirudin yang juga Naib Presiden KEADILAN sementara itu menegaskan, kejayaan Anwar meredakan konflik itu bakal dikenang sebagai detik bersejarah yang mengangkat suara ASEAN agar lebih dihormati di peringkat antarabangsa.

Beliau turut menegaskan bahawa rantau Asia Tenggara kini berada dalam posisi unik untuk mengemudi masa depan dunia, bukan sahaja dalam sektor ekonomi, malah sebagai pelopor kepada nilai-nilai sejagat yang inklusif dan aman.


"Saya berpegang teguh kepada kepercayaan bahawa abad ini adalah Abad Asia Tenggara – The Southeast Asian Century – dan untuk merealisasikannya, kita harus mempertahankan keamanan.


"Bagi merealisasikan hasrat sebegitu, kita harus mempertahankan keamanan," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page