top of page

PM Anwar nyata sokongan kepada misi Global Sumud Flotilla

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 27
  • 1 min read

ree

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan sokongan penuh terhadap konvoi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini menuju ke Gaza.


Beliau menegaskan misi itu perlu diteruskan bagi memastikan bantuan makanan dan ubat-ubatan dapat disalurkan kepada rakyat Palestin yang berdepan kekejaman rejim Israel.


"Masih mengharap pergerakan GSF ke Gaza berterusan. Kezaliman dan keganasan Israel mesti dihentikan segera," katanya dipetik.


Anwar ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Pasar Tani ke-40 Peringkat Kebangsaan di Putrajaya pada Jumaat.


Konvoi GSF kini merentasi Laut Mediterranean dan dijangka tiba di perairan Gaza pada akhir bulan ini. Misi tersebut menghimpunkan gabungan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Asia Barat.


GSF baru-baru ini menerima maklumat risikan dipercayai sahih mengenai ancaman serangan Israel terhadap flotila mereka dalam tempoh 48 jam akan datang.


Konvoi juga dijangka berdepan tindakan keras rejim termasuk kemungkinan kapal dirampas unit komando laut Shayetet 13.


Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri dijadualkan berinteraksi serta memberi kata-kata semangat kepada 34 rakyat Malaysia yang menyertai misi berkenaan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ketika memaklumkan perkara itu berkata, Perdana Menteri akan hadir ke Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) di Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) pada Ahad ini.


"Kehadiran beliau diyakini menaikkan moral bukan sahaja sukarelawan Malaysia, tetapi juga peserta GSF dari seluruh dunia," jelasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page