top of page

PM Anwar mahu dasar Islam diperkukuh melalui pendidikan



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan usaha memperkukuh dasar Islam dalam pendidikan di samping beberapa ikhtiar kerajaan diteruskan untuk membina kekuatan dalaman umat Islam.


Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, pandangan itu dinyatakan Perdana Menteri ketika meraikan kunjungan rombongan pondok dan madrasah dari Kelantan ke pejabatnya pada Selasa.


"Perdana Menteri menghargai pandangan para tuan guru yang menyampaikan nasihat khususnya dalam soal pendidikan turath serta idea memperkasa peranan institusi pondok di Malaysia," katanya menerusi taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan semalam.


Tambah Tunku Nashrul, Perdana Menteri dan agamawan yang turut serta dalam perbincangan itu juga bersetuju, bahawa banyak perkara boleh disepakati khususnya dalam isu Islam, berbanding membesarkan perbezaan pendapat atau pandangan.


"Titipan nasihat tuan guru terkait usaha memperteguh semangat memupuk kefahaman, kasih sayang, memadamkan kebencian dan sabar dalam gesaan agar penjelasan yang bersungguh-sungguh mengenai ikhtiar kerajaan Madani kepada rakyat mengenai Islam disampaikan.


"Buah fikiran dan nasihat para tuan guru yang dizahirkan dalam pertemuan ini amat dihargai beliau dan percaya ia disampaikan atas kepentingan maslahat umat dan negara.


"Perdana Menteri berharap pertemuan ini akan dapat diteruskan pada masa yang akan datang dan beliau amat mengalu-alukan wacana seperti ini," katanya.


Kunjungan rombongan itu susulan daripada jemputan khas PM melalui satu pertemuan di majlis berbuka puasa di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada Isnin.

Komentarji


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page