top of page

PM Anwar luncurkan MD2030, strategi Malaysia terajui ekonomi digital

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • Jun 30
  • 1 min read
DS Anwar melancarkan  Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 bersama tiga menteri kabinet. Foto: FB Anwar
DS Anwar melancarkan  Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 bersama tiga menteri kabinet. Foto: FB Anwar

Malaysia kini bersiap sedia melangkah ke era kecerdasan buatan (AI), automasi dan ekonomi berasaskan data melalui Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 (MD2030).


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, MD2030 memastikan agenda pembangunan perkhidmatan digital negara dilaksanakan secara lebih tersusun dan dinamik.


Pelan strategik negara itu jelasnya untuk mempersiapkan Malaysia menghadapi perubahan teknologi dan ekonomi digital global, di samping memperkukuh daya tahan negara dalam mendepani ketidaktentuan geopolitik serta persaingan ekonomi digital.


"Keutamaan kita adalah memastikan setiap inisiatif dilaksanakan dengan tersusun, berdisiplin dan berimpak agar dapat memberi manfaat kepada rakyat, memperkukuh daya saing perniagaan serta memacu Malaysia ke arah sebuah Negara AI yang inklusif menjelang 2030," katanya menerusi hantaran di Facebook.


Hantaran itu menyusul Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) yang dipengerusikannya semalam.


Perdana Menteri kemudian menyempurnakan peluncuran Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 (MD2030): Ke Arah Negara AI.


Sementara itu menurut Anwar, beliau telah menegaskan bahawa perkhidmatan digital Kerajaan perlu dibangunkan secara dalaman di bawah penyelarasan Kementerian Digital menerusi Jabatan Digital Negara.


Beliau berkata, langkah tersebut penting bagi memelihara keselamatan dan kedaulatan data negara sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pihak luar serta membangunkan kepakaran digital sektor awam.


"Dengan iltizam seluruh jentera Kerajaan MADANI, MD2030 akan menjadi agenda nasional yang mengubah cara kerajaan bekerja, menyampaikan perkhidmatan dan membina masa depan negara," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page