top of page

PM Anwar lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Jerman



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier di kediaman rasminya, Istana Bellevue di Berlin pada Isnin.


Perdana Menteri yang diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di Istana Bellevue pada jam 2 petang (9 malam waktu Malaysia) dan disambut oleh Steinmeier.


Beliau kemudian menandatangani buku tamu Istana Bellevue sebelum mengadakan perbincangan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jerman dengan Presiden.


Ini merupakan pertemuan kedua Anwar dan Steinmeier dalam tempoh setahun selepas Presiden Jerman itu mengadakan Lawatan Negara selama tiga hari ke Malaysia pada bulan Februari tahun lepas.


Anwar sebelum ini berkata, selepas pertemuan kedua-dua pemimpin di Putrajaya, Malaysia berharap untuk menjalin kerjasama dengan Jerman dalam bidang biodiversiti, ekologi dan perubahan iklim.


Steinmeier, yang ketika itu turut berkunjung ke Pulau Pinang dan Sarawak pula berkata, Malaysia akan menjadi lokasi penting bagi syarikat-syarikat Jerman untuk mempelbagaikan perniagaan dan pelaburan mereka, dengan lebih 700 syarikat Jerman di Malaysia mewujudkan 65,000 pekerjaan.


Jerman telah menjadi rakan dagangan terbesar Malaysia dalambkalangan ahli Kesatuan Eropah sejak 2000 manakala Malaysia adalah rakan dagang terbesar Jerman di ASEAN.


Tahun lalu, jumlah perdagangan Malaysia dengan Jerman meningkat sebanyak 5.9 peratus kepada RM63.45 bilion (AS$13.90 bilion) berbanding RM59.87 bilion (AS$13.62 bilion) pada 2022


Pada lawatan rasmi pertamanya ke Jerman dan Eropah sebagai Perdana Menteri, Anwar dijadual menghadiri beberapa siri program yang membabitkan pemimpin kerajaan Jerman, wakil perniagaan utama serta ketua industri.


Anwar juga dijadual bertemu dengan Canselor Jerman Olaf Scholz dan diberikan majlis sambutan rasmi di Canselori Persekutuan sebelum kedua-duanya memulakan mesyuarat.


Kedua-duanya pemimpin dijangka mengadakan pertemuan empat mata sebelum mengadakan sidang media bersama media Malaysia dan Jerman.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page