PM Anwar laksana pembaharuan walau berdepan pelbagai cabaran
- Suara Keadilan
- Jun 19
- 1 min read

Walaupun berdepan pelbagai kritikan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus komited melaksanakan pembaharuan penting negara, termasuk dalam sektor penjagaan kesihatan swasta.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata meskipun berdepan pelbagai cabaran, Anwar gigih bekerja di sebalik tabir memastikan kemajuan negara tidak terjejas.
"(Anwar) mendapat banyak kritikan baru-baru ini atas pelbagai sebab. Tetapi, satu perkara yang pasti, dia bekerja keras untuk negara. Banyak pembaharuan sedang berjalan," katanya menerusi catatan media sosial.
Anwar yang juga Menteri Kewangan sebelum ini menegaskan, tumpuan utama Kerajaan Perpaduan adalah untuk menangani masalah struktural yang menjadi masalah pokok yang melemahkan sendi dan kekuatan ekonomi negara.
Sehubungan itu mengambil langkah berani diambil demi kelestarian ekonomi termasuk melalui peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan rasionalisasi subsidi.
Sementara itu Sim memaklumkan bahawa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen dijadual mengadakan prosiding untuk menyiasat harga yang semakin meningkat untuk premium insurans dan kos penjagaan kesihatan swasta.
Beliau turut memuji langkah Anwar menubuhkan jawatankuasa khas melibatkan Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan untuk menangani isu kos kesihatan, yang disifatkannya sebagai berita baik buat golongan pekerja, M40 dan B40.
Comments