top of page

PM Anwar ketuai dialog ASEAN - Majlis Kerjasama Teluk



Jadual padat menunggu Perdana Menteri (PM) Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh, Arab Saudi.


Selepas mesyuarat dua hala Malaysia - Jordan di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) semalam, PM mengetuai delegasi Malaysia dalam Dialog Strategi berkaitan ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC).


Mesyuarat itu, kata Anwar merupakan kesinambungan penganjuran Sidang Kemuncak yang mempertemukan rantau ASEAN dan GCC pada hujung tahun lalu, yang dihoskan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman.


"Dalam sesi hari ini, saya telah gunakan ruang yang ada untuk mengetengahkan beberapa keutamaan Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia bermula tahun depan, selain mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua rantau ini," katanya dalam kenyataan.


Juga seperti mana biasa dalam dialog antarabangsa, Anwar tidak melepaskan peluang membawa isu Palestin yang ditindas Israel untuk dibicarakan dan mencari arah tuju penyelesaian.


"Saya turut gunakan sesi dialog ini untuk mempertegas kepentingan kerjasama GCC mempermudah dan melancarkan usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza, di samping mencari penyelesaian tuntas terhadap konflik Palestin-Israel," katanya lagi.


Anwar dalam rangka kerja mengetuai delegasi Malaysia menghadiri mesyuarat GCC selama 2 hari bermula semalam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page