top of page

PM Anwar kecam serangan terhadap Lapangan Terbang Riyadh

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Oct 12
1 min read
Serangan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Arab Saudi. Kredit foto: Aljazeera
Serangan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Arab Saudi. Kredit foto: Aljazeera

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras serangan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Arab Saudi.


Menerusi hantaran Facebooknya, Anwar mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan mendoakan mereka yang cedera agar segera sembuh.


"Tiada justifikasi untuk serangan terhadap orang awam dan infrastruktur awam. Membahayakan nyawa insan yang tidak bersalah hanya akan memburukkan lagi penderitaan akibat konflik ini dan membawa kesannya ke tempat-tempat yang sepatutnya tidak terjejas," tegasnya.


Menerusi hantaran tersebut, Anwar turut menyatakan pendirian Malaysia berdiri teguh dengan Arab Saudi dan rakyatnya ketika konflik berterusan. Beliau berharap usaha diplomatik dapat menghalang keadaan daripada terus meruncing.


Sekurang-kurangnya 12 orang maut dan 309 lagi dilapor cedera dalam serangan terbesar yang melibatkan terminal penumpang


Berdasarkan laporan media, serangan turut merosakkan kemudahan terminal serta sebuah pesawat milik Saudia Airlines yang berada di landasan.


Dalam perkembangan berkaitan, tiada laporan rakyat Malaysia terkorban atau cedera susulan serangan terbaharu di Riyadh itu.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh sedang berhubung dengan beberapa rakyat Malaysia yang terkandas akibat gangguan perjalanan bagi memberikan bantuan konsular yang diperlukan.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page