top of page

PM Anwar janji terus perjuangkan keadilan buat Gaza

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 25
  • 1 min read

PM yang juga Presiden KEADILAN berjanji untuk terus memperjuangkan umat Islam Palestin. Foto FB Anwar
PM yang juga Presiden KEADILAN berjanji untuk terus memperjuangkan umat Islam Palestin. Foto FB Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen Malaysia untuk terus memperjuangkan keadilan buat Gaza sekaligus menentang penjajahan Israel.


Beliau yang juga Presiden KEADILAN, menerusi ucapan penggulungan Kongres Nasional KEADILAN 2024/2025 di Johor Bahru pada Sabtu menegaskan, Malaysia berusaha sebaiknya menyuarakan hak dan pembebasan rakyat Palestin di pentas antarabangsa.


"Memang di banyak negara orang mengharapkan kita berusaha lebih lantang lagi.


"Kita akan terus perjuangkan keadilan dan hak menentang penjajahan, penjajahan mana-manapun kita tentang termasuk penjajahan Israel ke atas bumi Gaza," katanya.


Agensi berita Anadolu pada 13 Mei melaporkan sekurang-kurangnya 52,908 rakyat Palestin maut dalam serangan genosid yang dilancarkan Israel sejak Oktober 2023.


Anwar menerusi ucapannya membidas apa yang disifatkan sebagai kemunafikan dalam sistem politik dunia yang mengaibkan.


"Paling akhir, ada usaha-usaha negara Eropah untuk menyekat penjualan senjata yang baharu ke Gaza. Agak terlambat (kerana) 50,000 wanita dan kanak-kanak yang hari-hari semasa lulus bantuan kemanusiaan, hari itu juga dibom, dunia kelu," katanya.


Sementara itu beliau menyampaikan penghargaan parti itu kepada pihak yang mempunyai pendirian menyuarakan keadilan terhadap nasib Palestin.


Ia termasuk kenyataan Paus Leo XIV baru-baru ini yang menyeru gencatan senjata segera dilaksanakan di Semenanjung Gaza.


"Kenyataan pertama itu kadang-kadang suaranya itu lebih hebat daripada pemimpin Islam yang lain," tambahnya.


Awal bulan ini, Anwar melahirkan rasa kecewa dengan perkembangan semasa di Gaza, Palestin, yang menunjukkan seolah-olah tiada tanda bahawa kezaliman terhadap penduduk akan reda.


Mengulas pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Islam di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Anwar berkata perkembangan mutakhir di Gaza sangat tak menyakinkan, dan menggusarkan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page