top of page

PM Anwar hulur sumbangan kepada pelawak veteran, Sathiya

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 29, 2024
  • 1 min read


Nasib pelawak veteran tersohor Sathia Periasamy atau lebih dikenali dengan nama Sathiya yang diserang penyakit angin ahmar baru-baru ini mendapat perhatian Perdana Menteri.


Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu hantaran di laman Facebooknya berkata, beliau telah menghulurkan sumbangan kepada pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu bagi membantu kos rawatan susulan.


Sumbangan itu diserahkan Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi pelawak berkenaan di kediamannya.


"Sathiya masih mampu tersenyum dan sempat berbicara mengenai perjalanan seninya.


"Namun beliau masih memerlukan rawatan berkala dan tahap kesihatannya perlu sentiasa dipantau


"Sebelum pulang, saudara Farhan telah menghulurkan sumbangan bagi pihak saya untuk mengurangkan beban kos perubatan yang perlu ditanggung," katanya.


Sebelum ini, Sathiya, 60, memaklumkan mengenai perkembangan terkini kesihatannya selepas lima hari terkena serangan angin ahmar ringan.


Menurut anak sulungnya iaitu Vickynesawwry Nayar, 34, pelawak itu dikejarkan ke HKL selepas rawatan segera di sebuah klinik mendapati tekanan darahnya rendah dipercayai berpunca daripada masalah kesihatan tersebut


Sementara itu, Anwar melalui hantaran tersebut turut mendoakan agar Sathiya kembali pulih secepat mungkin dan urusannya dipermudah sekaligus dapat terus berkarya.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page