top of page

PM Anwar hubungi rakan sejawat dari Kemboja, S'pura isu Myanmar, tarif AS

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 30
  • 1 min read

ree

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi rakan sejawatnya dari Kemboja dan Singapura berhubung perkembangan terbaharu isu kemanusiaan di Myanmar.


Menurut Anwar, beliau sempat menghubungi dua rakan sejawat Hun Manet dan Lawrence Wong untuk berbincang terkait hal-hal berkepentingan serantau.


"Dalam perbualan itu, saya maklumkan hasil pertemuan saya dengan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara (SAC) Myanmar dan Mahn Win Khaing Than daripada Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar di Bangkok baru-baru ini.


"Kedua-dua Perdana Menteri menyuarakan sokongan dan menyambut baik pertemuan ini, yang dilihat sebagai kemajuan penting ke arah usaha damai yang berkekalan di Myanmar.


"Mereka turut menyokong usaha Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN, untuk meneruskan dialog dengan semua pihak berkepentingan demi menjamin keselamatan petugas kemanusiaan dan membawa keamanan kepada rakyat Myanmar," katanya dalam muat naik di Facebook.


Menurut Anwar, mereka turut membicarakan perkembangan perdagangan serantau, khususnya berkaitan tarif balas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS).


"Saya memaklumkan bahawa Malaysia telah menghantar wakil melalui Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk mencari penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua negara.


"Pada masa sama, Malaysia mengambil kesempatan untuk memohon AS memberikan ruang kepada semua negara ASEAN untuk mengusahakan penyelesaian melalui mekanisme hubungan dua hala masing-masing.


"Malaysia turut menyuarakan pendirian kohesif ASEAN dalam isu tarif balas ini, dan menggesa AS melihat ASEAN sebagai satu ketumbukan dalam pertimbangannya berhubung isu tarif dan dasar-dasar perdagangan yang lain," katanya lagi.


Tegas Anwar, berpaksikan semangat persahabatan dan prinsip kepusatan ASEAN, beliau percaya usaha bersama tersebut akan melimpahkan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan buat rakyat di seluruh rantau ASEAN.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page