top of page

PM Anwar hadir raikan Malam Langkahan Wira DBP



Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan menghadiri Malam Langkahan Wira Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di Kuala Lumpur malam tadi.


Acara itu yang berlangsung di Balai Budaya Tun Syed Nasir menyaksikan Sasterawan Negara ke-10 yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Dr Anwar Ridhwan mendeklamasikan puisi.


Malam Langkahan Wira bertujuan memperkasa sastera dalam kalangan pelajar dan masyarakat dengan kisah pejuang yang memperjuang keadilan sebelum merdeka

Ia dianjurkan bersama Persatuan Penyair Malaysia, DBP dan Kementerian Pendidikan (KPM).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan yang hadir ke majlis itu turut menyumbangkan bacaan puisi.


Sasterawan Negara ke-15 yang juga penyair terkemuka tanah air, Datuk Rahman Shaari pula memperdengar puisi nukilannya yang bertajuk Langkahan Wira.


DS Anwar bersama Fadhlina Sidek dan pemimpin lain menyaksikan deklamasi puisi di DBP

Sementara itu Anwar melalui satu catatan di laman Facebooknya berkata, majlis seumpama ini perlu diperbanyak dan diperluaskan selaras usaha menjulang dan memartabat bahasa Melayu, terutama dalam kalangan anak muda dan masyarakat keseluruhannya.


"Terkesan melihat persembahan pembukaan oleh Sekolah Seni Kuala Lumpur yang mendeklamasikan puisi keramat Keranda 152 karya Sasterawan Negara Usman Awang.


"Puisi ini telah mengiringi perjuangan memartabat dan menghidupkan bahasa Melayu daripada dikuburkan penguasa suatu ketika dulu.


"Sebelum pulang, sempat berbicara dengan Sasterawan Negara A Samad Said. Terkenang puisi Di Atas Padang Sejarah nukilan Pak Samad yang mengiringi Himpunan Kebangkitan Rakyat, ketika puisi diangkat menjadi senjata tatkala kita berjuang melawan kebobrokan penguasa beberapa tahun lalu," katanya dalam hantaran tersebut.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page