top of page

PM Anwar, Dr Wan Azizah zahir simpati untuk rakyat Jepun



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan simpati terhadap tragedi gempa bumi yang melanda Jepun pada Isnin.


Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jepun jelasnya sedang memantau rapat sebarang perkembangan terkini mengenai bencana tersebut.


"Moga yang terkesan diberi ketabahan dan kesabaran dalam waktu sukar dan mencabar ini, termasuk rakyat kita di sana," katanya menerusi hantaran Facebooknya malam tadi.


Gempa bumi dengan magnitud 7.6 melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun dengan gegaran dirasai di beberapa wilayah di negara itu.


Susulan gempa tersebut, amaran tsunami telah dikeluarkan oleh Agensi Meteorologi Jepun (JMA) untuk daerah Noto, menggesa orang ramai segera berpindah berikutan amaran tsunami untuk wilayah Niigata, Toyama dan Ishikawa di sebelah Laut Jepun di negara itu.


Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan kemudian mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas akibat gempa bumi di negara itu.


Melalui kenyataan tersebut Wisma Putra menasihati rakyat Malaysia di kawasan terjejas supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini dan nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.


Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo jelasnya sedang memantau rapat situasi semasa dan sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page