top of page

PM Anwar disenarai antara 10 pemimpin berpengaruh dunia

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
58 minutes ago
1 min read

Datuk Seri Anwar Ibrahim disenaraikan dalam kalangan 10 pemimpin teratas dunia dari segi keberkesanan kepimpinan politik dalam Indeks Kuasa Asia 2026 oleh Institut Lowy.


Saluran televisyen antarabangsa ABC Asia Australia menerusi laporan terbaharu mereka meletakkan Perdana Menteri Malaysia itu di kedudukan ke-10 dunia dengan skor 46 mata.


Di peringkat serantau, Anwar menjadi antara tiga pemimpin ASEAN yang berjaya menembusi kelompok 10 teratas dunia, bersama-sama Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong yang menduduki tempat ketiga dengan 74 mata serta Presiden Vietnam To Lam di tempat kelapan dengan 50 mata.


Presiden China Xi Jinping mendahului kedudukan dalam Indeks Kuasa Asia 2026 dengan mencatatkan skor 100 daripada 100 bagi keberkesanan diplomatik di peringkat global.


Penarafan kepimpinan politik itu adalah sebahagian daripada Indeks Kuasa Asia lebih menyeluruh yang mengukur kuasa dan pengaruh 27 negara dan wilayah di rantau berkenaan.


Kedudukan yang disusun oleh badan pemikir Australia, Institut Lowy itu berdasarkan tinjauan dalam kalangan pakar yang menilai keberkesanan pemimpin politik dalam memajukan kepentingan diplomatik negara masing-masing di peringkat antarabangsa.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page