top of page

Dr Wan Azizah agih baucar persekolahan RM400 kepada 60 penerima

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
30 minutes ago
1 min read
DS Wan Azizah (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan baucar. Foto: Berita RTM
DS Wan Azizah (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan baucar. Foto: Berita RTM

Seramai 60 Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dalam sistem e-Kasih di Parlimen Bandar Tun Razak menerima sumbangan baucar barangan keperluan persekolahan bernilai RM400 setiap keluarga.


Inisiatif melibatkan peruntukan sebanyak RM24,000 di bawah Program Sejahtera Madani: Pendidikan disempurnakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu bagi sesi persekolahan 2027.


Menurut Dr Wan Azizah, pendekatan pemberian baucar dipilih bagi memberi kebebasan kepada ibu bapa dan murid memilih sendiri kelengkapan sekolah yang benar-benar mereka.


"Kita beri dalam bentuk baucar agar mereka dapat memilih sendiri yang bersesuaian dengan keperluan anak-anak.


"Nilai RM400 ini juga agak besar dan dapat dimanfaatkan secara berhemah," katanya dipetik selepas majlis penyampaian sumbangan pada Khamis.


Program Sejahtera MADANI merupakan inisiatif Kerajaan MADANI yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memperkukuh kesejahteraan rakyat, khususnya golongan kurang berkemampuan.


Sementara itu Dr Wan Azizah menyifatkan kerjasama strategik antara Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Wilayah Persekutuan telah memainkan peranan penting dalam memperluas capaian bantuan kebajikan kepada golongan sasar.

"Ini merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan dan terima kasih kepada ICU yang memberikan banyak bantuan serta sokongan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page