top of page

KDN perluas siasatan sindiket seludup dadah guna aset TUDM

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
54 minutes ago
1 min read
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Kementerian dalam Negeri (KDN) bakal memperluas siasatan terhadap sindiket penyeludupan dadah yang menggunakan aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).


Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan awal mendapati kegiatan itu dipercayai sudah beroperasi sejak beberapa tahun lalu dan membabitkan sindiket besar yang menjana keuntungan lumayan.


Justeru pihaknya tidak menolak kemungkinan menyiasat penglibatan individu berprofil tinggi yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat dalam isu berkenaan.


"Kita luaskan siasatan untuk kenal pasti penglibatan seluruh organisasi ini dan peranan setiap individu yang terlibat. Siapa pembiayanya, siapa perancangnya, siapa berperanan sebagai transporter, siapa yang jadi runner dan semuanya.


"Saya beri jaminan, siapa pun, yang ke depan ini beberapa hari kita akan tangkap, dia takkan terlepas. Apa pun jawatan dia, apa pun kedudukan dia," katanya di Dewan Rakyat.


Minggu lalu, polis membongkar sindiket pengedaran dadah menggunakan kemudahan pengangkutan ketenteraan.


Susulan itu 13 individu ditahan berhubung penemuan 96.6 kilogram (kg) dadah jenis syabu (methamphetamine) bernilai RM4.83 juta dadah.


Saifuddin sementara itu memaklumkan ketua sindiket masih bebas, namun identiti suspek utama sudah dikenal pasti dan pihak berkuasa yakin individu berkenaan akan diberkas.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page