top of page

PM Anwar disambut penuh penghormatan di Singapura,



Lawatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail hari ini disambut dengan upacara negara oleh rakan sejawatannya Perdana Menteri Lee Hsien Loong.


Sebaik tiba di Singapura Anwar terus menemui PM Lee di Ceremonial Plaza, The Istana.


Beliau kemudiannya mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Halimah Yacob bersama delegasi Malaysia.


DS Anwar mengadakan pertemuan dengan Presiden Singapura Halimah Yacob

"Kunjungan ini mencerminkan hubungan akrab antara Malaysia dan Singapura, termasuk jalinan antara rakyat yang erat serta hubungan ekonomi yang kukuh.


"Saya kemudian mengadakan pertemuan empat mata dengan PM Lee," katanya.


Anwar mengambil peluang tersebut membincangkan kerjasama erat antara kedua dua negara, terutama dari segi ekonomi memandangkan Singapura merupakan rakan dagangan utama di Asia.


PM Lee menamakan orkid hibrid sempena nama Anwar dan Azizah

"Pertemuan ini memberi peluang kepada kami untuk meneroka bentuk kerjasama bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Singapura.


"Kami turut berpeluang membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama," katanya lagi.


Dalam kunjungan ke Ceremonial Plaza itu Anwar dan isteri turut diberi penghargaan oleh PM Lee yang menamakan spesies orkid hibrid atas nama 'Dendrobium Anwar Azizah' sempena kunjungan rasmi beliau ke Singapura.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page