top of page

PM Anwar dijadual rasmi Hari Belia Negara 2025 minggu depan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 8
  • 2 min read
ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2025 peringkat kebangsaan pada 14 Jun ini.


Sekretariat HBN dalam kenyataan berkata, Sambutan diadakan selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Jun, dengan tema ‘Yakin Boleh’ dengan acara kemuncak bakal berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.


Pada acara kemuncak itu, Perdana Menteri bakal menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) kepada tokoh belia cemerlang.


"Dengan sasaran empat juta pengunjung, sambutan tahun ini tampil istimewa dengan menampilkan elemen ASEAN, bertepatan dengan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.


"Antara acara utama ialah Pavilion ASEAN dan Konsert ASEAN yang menghimpunkan penyertaan dari pelbagai negara serantau," kata kenyataan itu.


Sementara itu sekretariat itu menjelaskan, tema ‘Yakin Boleh’ dipilih bagi mencerminkan semangat, keupayaan dan daya juang generasi muda dalam mendepani cabaran semasa, termasuk dalam era digital, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI.


Tambahnya, peranan belia sangat penting dalam membina rangkaian serantau ASEAN, terutama dalam bidang ekonomi, pendidikan, kepimpinan, inovasi teknologi dan sosial.


"Dengan sasaran empat juta pengunjung, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah melaksanakan program Semarak HBN di 113 daerah seluruh negara sejak 15 Mei lalu sebagai pemanas kepada acara kemuncak.


"Mengambil pendekatan "daripada belia untuk belia", sambutan HBN kali ini berteraskan 15 segmen aktiviti dan disusun selaras dengan 10 gaya hidup Rakan Muda, menjadikan ia festival belia terbesar negara bagi tahun 2025," ujar kenyataan tersebut.


Antara pengisian utama sambutan HBN peringkat kebangsaan yang dirancang termasuk: Konvensyen Belia Kebangsaan; Permainan dan aktiviti e-sukan, Karnival kerjaya dan TVET, Segmen kepimpinan, kesenian dan budaya serta Program kesedaran kesihatan mental dan buli siber.


Program khas lain yang turut dianjurkan termasuk audio siar Suara Belia, bacaan Ikrar Belia Malaysia, Forum Perdana Hal Ehwal Islam HBN 2025, serta khutbah Jumaat khas seluruh negara dengan kerjasama JAKIM dan Jabatan Agama Islam negeri.


Sementara itu sekretariat memaklumkan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah melaksanakan program Semarak HBN di 113 daerah seluruh negara sejak 15 Mei lalu sebagai pemanas kepada acara kemuncak.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page