top of page

PM Anwar bincang hubungan dua hala Australia - Malaysia atas talian

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Dec 24, 2022
1 min read


Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan hubungan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese secara sidang video pada malam tadi.


Menurut Anwar, interaksi dalam talian itu adalah yang pertama dengan rakan sejawatannya sejak memegang tampuk pentadbiran pada bulan lalu.


"Kami telah menyatakan komitmen untuk mengeratkan hubungan dua hala di bawah Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP).


"Kami juga bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama termasuk dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, serta hubungan sesama rakyat," kata Anwar.


Australia merupakan rakan yang penting bagi Malaysia. Pada tahun 2021, Malaysia dan Australia telah meningkatkan hubungan dua hala melalui Kerjasama Strategik kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP).


Australia merupakan rakan dagangan ke-13 terbesar Malaysia pada tahun 2021 dengan nilai dagangan berjumlah RM52.28 bilion (USD13.76 bilion).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page