top of page

PM Anwar bertemu Presiden Macron, perkukuh kerjasama M'sia, ASEAN - Perancis

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 hours ago
  • 2 min read

PM Anwar dan Presiden Macron di luar Istana Élysée sebelum mengadakan pertemuan rasmi. Foto Albarra Azfar
PM Anwar dan Presiden Macron di luar Istana Élysée sebelum mengadakan pertemuan rasmi. Foto Albarra Azfar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertemu Presiden Perancis, Emmanuel Macron di kediaman rasminya di Istana Élysée, Paris.


Menurut Anwar, pertemuan itu satu penghormatan besar kepada Malaysia dan mencerminkan hubungan akrab serta saling menghormati antara Malaysia dan Perancis.


"Pertemuan ini bukan sahaja dapat memperkukuh kerjasama strategik dua hala, malah memperluas jalinan persahabatan yang memberi manfaat kepada Malaysia, rantau ASEAN, Perancis dan Kesatuan Eropah secara keseluruhan," katanya dalam muat naik di Facebook.


Sebelum bertemu Presiden Macron, PM telah menyaksikan pemeteraian perjanjian pembelian pesawat A321XLR antara AirAsia dan Airbus yang akan memperkukuh keupayaan operasi syarikat penerbangan itu bagi laluan jarak dekat dan sederhana.

PM menyaksikan majlis menandatangani pembelian pesawat Airbus oleh Air Asia
PM menyaksikan majlis menandatangani pembelian pesawat Airbus oleh Air Asia

Menurut Anwar, perolehan itu bukan sahaja memperluas rangkaian penerbangan, malah menyokong aspirasi Malaysia untuk muncul sebagai hab penerbangan utama di rantau Asia.


"Saya turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman antara 3P Capital Adviser dan Ardian, syarikat pelaburan persendirian terkemuka dari Perancis, dalam usaha meneroka peluang pelaburan dalam pasaran persendirian.


"Inisiatif sektor swasta ini mampu membuka akses lebih luas kepada rakyat Malaysia terhadap pelaburan alternatif," katanya.


Manakala dalam pertemuan bersama Imerys, syarikat pemproses mineral industri yang bertapak di Malaysia lebih 25 tahun, PM dimaklumkan mengenai komitmen mereka untuk memperluas operasi dan menyokong pembangunan sektor pembuatan bernilai tinggi dan mesra alam.


Selain itu, Anwar juga bertemu dengan Arkema, peneraju global dalam bidang kimia khas yang sedang menilai potensi pelaburan baharu di Malaysia.


Katanya, pelaburan syarikat itu jika menjadi kenyataan berupaya mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi, mempercepat pemindahan teknologi dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab utama bioekonomi di rantau Asia.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page