top of page

PM Anwar beri RM1.5 bilion ke Sabah, Warisan hanya dapat RM53 juta 2019

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
May 31
2 min read

Peningkatan Pemberian Khas Sabah kepada RM1.5 bilion yang diumumkan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan bukti komitmen Kerajaan MADANI di peringat Persekutuan membantu rakyat Sabah, berbanding rekod pentadbiran terdahulu.


Pengarah Komunikasi KEADILAN Sabah, Guntur Sangkar (gambar) berkata, sebaliknya kenyataan pemimpin Parti Warisan yang memperlekehkan pengumuman tersebut semalam menunjukkan sikap hipokrit mereka setelah gagal menuntut jumlah sebesar itu sewaktu memerintah Sabah pada 2018 - 2020 lalu.


"Selama hampir lima dekad, Sabah hanya menerima sekitar RM26.7 juta setahun walaupun isu tuntutan 40 peratus hasil sering dijadikan modal politik oleh pelbagai pihak," kata Guntur dalam kenyataan.


Menurut beliau, Ketika Warisan memerintah Sabah, kadar tersebut hanya meningkat kepada sekitar RM53.4 juta pada tahun 2019.


"Walaupun mereka mempunyai hubungan langsung dengan Kerajaan Persekutuan (di bawah Tun Mahathir) ketika itu, peningkatan yang dicapai masih amat kecil berbanding apa yang dilaksanakan hari ini.


"Malah, Presiden Warisan sendiri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebelum ini mempertahankan keputusan menerima RM53.4 juta dengan alasan kerajaan Persekutuan waktu itu berdepan kekangan kewangan negara, dan jumlah hasil Persekutuan yang terhad," ujarnya.


Tegas Guntur, hanya di bawah pentadbiran PM Anwar bayaran interim kepada Sabah meningkat secara konsisten sehingga mencecah RM1.5 bilion.


"Jika sebelum ini rakyat Sabah diminta memahami “kekangan kewangan” kerajaan Persekutuan, mengapa hari ini Warisan enggan berlaku adil terhadap usaha dan komitmen Kerajaan MADANI yang berjaya meningkatkan bayaran interim tersebut sehingga RM1.5 bilion?" tanyanya.


Tambah beliau, peningkatan itu merupakan langkah paling signifikan dalam sejarah rundingan berkaitan Pemberian Khas Sabah, walaupun belum menjadi penyelesaian muktamad kepada tuntutan 40 peratus hasil negeri.


Beliau turut menyenaraikan kronologi peningatan pemberian khas yang sejak sebelum 2019 hanya RM26.7 juta setahun; meningkat 2019 (era Warisan) – RM53.4 juta; melonjak 2022 – RM125.6 juta (era MADANI); 2023 – RM300 juta; 2024 – RM300 juta; 2025 – RM600 juta; dan 2026 – RM600 juta berserta pengumuman kenaikan interim kepada RM1.5 bilion.


"Mengapa selepas Kerajaan MADANI mengambil alih, barulah kita melihat lonjakan besar sehingga mencecah RM1.5 bilion?


"Rakyat Sabah bukan buta fakta. Mereka mampu menilai siapa yang sekadar bermain retorik dan siapa yang benar-benar membawa hasil," sinisnya.


Guntur turut menggesa Warisan agar tidak lagi mendakwa sebagai pejuang tunggal hak Sabah, sebaliknya menilai semula rekod pentadbiran mereka sendiri.


"Warisan perlu berhenti bersikap seolah-olah merekalah pejuang tunggal Sabah sedangkan rekod mereka sendiri menunjukkan sebaliknya.


"Rakyat Sabah hari ini semakin matang dalam menilai. Mereka tahu membezakan antara retorik politik dan hasil sebenar," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page