top of page

PM Anwar bentang RMK 13 di Dewan Rakyat hari ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 31
  • 1 min read

ree

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan untuk membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026-2030 di Dewan Rakyat hari ini.


Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil berkata, RMK 13 akan memberi penekanan kepada usaha meningkatkan pendapatan negara dan rakyat selari matlamat membina asas ekonomi yang lebih inklusif dan mampan berdasarkan kerangka Ekonomi MADANI.

"Prinsip utama yang mendasari RMK13 adalah konsep 'raising the ceiling and raising the floor' iaitu strategi jangka sederhana lima tahun untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.


"Kita memberi fokus kepada beberapa sektor, industri-industri yang tambah nilai dan juga mencipta nilai dan fokusnya adalah kepada penghiliran serta sektor hiliran. Ini adalah secara umum," katanya dipetik.


Fahmi yang juga Menteri Komunikasi ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan dan Ekspo Ketersambungan Antarabangsa 2025 (ICC2025) di Kuala Lumpur pada Selasa.


Anwar yang juga Menteri Kewangan pada Jun lalu berkata RMK 13 akan menjadi titik tolak kepada usaha kerajaan dalam menangani cabaran ekonomi negara.


Malaysia tegasnya perlu lebih berdaya tahan dalam mendepani risiko dan ketidaktentuan ekonomi global di samping mempercepat peralihan struktur dan merapatkan jurang pembangunan sosioekonomi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page