PM Anwar bakal umum berita baik menjelang Aidilfitri - PMO
- Suara Keadilan

- 2 hours ago
- 1 min read

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan “beberapa lagi berita baik” kepada rakyat Malaysia menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Setiausaha akhbar kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah (gambar) menerusi taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung di media sosial pada Isnin berkata, pengumuman tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.
"Insya Allah, Perdana Menteri akan mengumumkan beberapa lagi berita baik untuk rakyat dalam masa terdekat, menjelang Aidilfitri," katanya.
Semalam, Perdana Menteri mengumumkan beberapa inisiatif antaranya pengkreditan awal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 mulai hari ini.
Turut diumumkan penyaluran Bantuan Khas Kewangan 2026 melibatkan penjawat awam, pesara dan veteran, selain Imam, Bilal, Guru KAFA.
Memahami cabaran kos sara hidup rakyat terutamanya ketika menjelang Syawal, Perdana Menteri turut mengumumkan peluasan siri Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara serta peluasan inisiatif subsidi tiket penerbangan FlySiswa bernilai RM400 bagi mengurangkan beban pelajar bagi laluan domestik.




Comments