top of page

PM Anwar arah percepat projek dengan potensi pasaran baharu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 25
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri mengarahkan kelulusan projek pembangunan yang berupaya membuka pasaran baharu dipercepatkan.


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu sebagai usaha mengadaptasi situasi global semasa dan sekaligus mengukuhkan daya tahan domestik negara bagi berdepan ketidaktentuan ekonomi dunia.


"Saya ulangi keperluan meningkatkan sinergi kerjasama dan perbincangan di antara kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan juga di antara negeri dalam usaha negara memperkukuh daya tahan domestik.


"Dalam ketidaktentuan ekonomi dunia...Ini adalah ikhtiar kerajaan MADANI supaya Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang berdaya saing dan menjadi destinasi utama pelaburan dalam rantau ini


"Pihak berkaitan perlu memperkemas dan menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) proses kelulusan pembangunan sedia ada yang akan membuka pasaran baharu.


"Pemantauan secara berkala juga perlu dilakukan supaya negara sentiasa peka dan pantas mengadaptasi terhadap perkembangan situasi global kini," katanya dalam kenyataan.


Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara ke-47 di Putrajaya pada Khamis.


Sebagai rekod, Presiden AS, Donald Trump pada 2 April lalu memperkenalkan tarif asas sebanyak 10 peratus kepada semua negara dan duti yang lebih tinggi membabitkan beberapa negara termasuk Malaysia sebanyak 24 peratus.


Pengumuman itu membangkitkan kebimbangan terhadap kesannya kepada ekonomi global termasuk di Malaysia.

Susulan itu Malaysia telah menghantar wakil ke Washington untuk kemungkinan mengurangkan tarif timbal balik itu selain mengadakan perbincangan dengan negara lain berhubung isu tersebut.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page