top of page

PM Anwar arah percepat pembangunan Terminal 3 Pelabuhan Klang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read

DS Anwar mempengerusikan mesyuarat Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey, semalam
DS Anwar mempengerusikan mesyuarat Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey, semalam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan semua agensi berkaitan untuk bergerak pantas merealisasikan pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey.


Menurut beliau, projek strategik itu penting untuk memperkukuh keupayaan ekonomi negara dan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam sektor pelabuhan serta logistik, selain menjadi model baharu pelaksanaan projek pembangunan lebih cekap, tersusun dan berintegriti.


"Projek ini telah lama dirancang dan tidak wajar lagi ditangguhkan.


"Alhamdulillah, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mencapai kesepakatan untuk menggerakkan pembangunannya sesegera mungkin supaya manfaatnya dapat dinikmati rakyat dan membuka peluang ekonomi baharu," katanya dalam satu hantaran di Facebook.


Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mempengerusikan mesyuarat mengenai pembangunan terminal tersebut.


Mesyuarat turut dihadiri Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.


Sementara itu dalam hantaran sama, Anwar turut menegaskan bahawa kepentingan Orang Asli, penduduk setempat, nelayan serta kelestarian ekosistem perlu menjadi keutamaan sepanjang proses pembangunan berlangsung.


"Pembangunan negara mesti berjalan seiring dengan keadilan sosial dan tanggungjawab terhadap alam, kerana di situlah terletaknya makna kemajuan sebenar dan berkekalan," ujarnya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page