top of page

PM Anwar adakan lawatan rasmi lima hari ke tiga negara Asia Tengah



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengadakan lawatan rasmi ke Republik Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan bermula hari ini hingga 19 Mei depan.


Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan berkata, lawatan rasmi itu atas jemputan Presiden Republik Kyrgyz, Sadyr Japarov, Presiden Kazakhtan, Kasym-Jomart Tokayev dan Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev.


Di Kyrgyzstan, Anwar akan disambut dengan majlis sambutan rasmi negara sebelum bertemu rakan sejawatnya bagi membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian kedua-dua negara.


"Anwar juga akan melawat pameran kraf dan barangan masyarakat orang pribumi di Taman Negara Ala Archa di negara itu.


"Jumlah perdagangan Malaysia – Kyrgyzstan mencatatkan jumlah RM162.3 juta (AS$36.35 juta) pada tahun lalu iaitu peningkatan 312.6 peratus berbanding 2022.


"Malaysia mengeksport barangan bernilai RM161.1 juta (AS$36.09 juta) ke negara itu pada 2023, dan mengimport barangan elektrik dan elektronik, serta produk kimia bernilai RM1.22 juta (AS$0.27 juta)," katanya.


Sementara di Kazakhstan, Anwar dijangka mengadakan mesyuarat Meja Bulat Pelaburan Kazakhstan-Malaysia dengan industri-industri negara berkenaan selain bertemu Presiden Kazakhstan untuk membincangkan perkara-perkara berkepentingan bersama dan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa.

Perdana Menteri kemudiannya, dijadualkan ke Uzbekistan bertemu Shavkat Mirziyoyev untuk mesyuarat dua hala bagi membincangkan hubungan antara Malaysia dan Uzbekistan serta bidang kerjasama yang berpotensi.


Kementerian Luar berkata, Anwar juga bakal melawat Kompleks Imam Hazrati, di mana manuskrip asal Mashaf Uthmani yang tertua di dunia disimpan dan dipamerkan.


"Dari Tashkent, Anwar akan ke Samarkand pada 18 Mei ini yang mana beliau dijangka berucap di Forum Perniagaan Peringkat Tertinggi Uzbekistan-Malaysia yang diadakan di Kompleks Pelancongan Laluan Sutera, Samarkand.


"Forum yang dihoskan oleh Uzbekistan itu akan turut dihadiri Perdana Menteri, Abdulla Nigmatovich Aripov," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page