PM alu-alukan gencatan senjata Kemboja–Thailand
- Suara Keadilan

- Dec 28, 2025
- 1 min read

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik persetujuan gencatan senjata dicapai antara Kemboja dan Thailand yang berkuat kuasa yang disepakati pada jam12 tengah hari Sabtu.
Keputusan untuk menghentikan pertempuran dan mengekalkan kedudukan pasukan masing-masing mencerminkan pengiktirafan bersama bahawa sikap bertimbang rasa amat penting demi keselamatan orang awam.
"Kenyataan bersama (kedua pihak) itu menggariskan langkah praktikal dan positif termasuk pengesahan oleh Pasukan Pemerhati ASEAN (AOT) serta komunikasi langsung antara pihak berkuasa pertahanan.
"Langkah ini menyediakan asas kepada kestabilan dan saya berharap kedua-dua pihak akan melaksanakannya dengan penuh komitmen," katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Konflik berlarutan di kawasan sempadan kedua negara sehingga mengorbankan puluhan nyawa serta menyebabkan pemindahan besar-besaran penduduk awam mencetuskan kebimbangan komuniti antarabangsa terhadap kestabilan Asia Tenggara.
Menerusi kenyataan tersebut, Perdana Menteri juga menegaskan Malaysia - sebaik sahaja menyerahkan Pengerusi ASEAN kepada Filipina pada 1 Januari 2026 akan terus komited menyokong segala usaha bagi memastikan perjanjian gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand dipatuhi.
Komitmen itu agar usaha keamanan itu dihormati dan prestij dan kredibiliti ASEAN sebagai rantau yang aman kekal terpelihara.









Comments