top of page

PM akui terima tiga kali tekanan, kekal pendirian menyokong Palestin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 31, 2023
  • 2 min read

Oleh: Abdullah Zaid


Biarpun ditekan oleh kuasa asing, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian Malaysia untuk terus menyokong Hamas sebagai pejuang pembebasan Palestin.


Menerusi ucapan di PMQT pemimpin nombor satu negara tersebut sempat memaklumkan desakan yang diterima Putrajaya melalui tatatindak (Demarche) sebanyak tiga kali oleh Amerika Syarikat (AS) berhubung pendirian Malaysia itu.


"Duta Malaysia di AS telah dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat yang persoalkan keputusan kita terhadap permasalahan terhadap Israel khusus dalam konflik ini. Duta kita tegas menyatakan pendirian kita.


"Oleh kerana keenganan kita untuk membantah tindakan Hamas dan menganggap ia sebagai pengganas, Kementerian Luar telah menerima ‘demarche’ (tatatindak) dari kedutaan AS pada 13 dan 30 Oktober bagi mendesak kita untuk tidak meneruskan pendirian menganggap Hamas sebagai bukan badan penganas," katanya.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Suhaizan Kayat (PH - Pulai) mengenai ancaman yang diterima daripada negara asing atas pendirian Malaysia dan langkah bagi menghadapi ancaman itu.


Mengulas lanjut, Anwar berkata, rakyat Malaysia pada ketika ini perlu bersatu hati serta tidak menjadikan konflik kemanusiaan itu sebagai medan perpecahan di antara rakyat.


"Jangan diizinkan isu (Palestin) memecah belahkan dan memperkotak katikan kita, benar ia isu yang dekat dengan umat Islam tetapi isu ini dekat dengan kemanusiaan sebab itu kita lihat negara Ireland, Brazil, Rusia dan China mengambil tindakan keras terhadap isu ini atas prinsip kemanusiaan," ujarnya.


Selain itu, mengambil perjuangan Nelson Mandela yang menentang dasar Aparteid (penyisihan kaum), Anwar menjelaskan, gerakan pembebasan itu juga pernah dianggap sebagai pengganas oleh negara-negara luar sebelum pilihanraya bebas Afrika Selatan pada 1990an lalu.


"ANC (Kongres Kebangsaan Afrika) puluhan tahun dianggap badan pengganas tetapi apa yang mereka lakukan adalah tindakan kejam Aparteid.


"Justeru, (apa yang dilakukan) Hamas adalah membantah penjajahan dan keganasan Israel ke atas rakyat Palestin khususnya Gaza.


"Sebab itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk menggesa seluruh rakyat Malaysia melihat dari segi sejarah dan kemanusiaan serta tidak menjadikan isu ini membezakan (kita) apa itu kemerdekaan," jelasnya lagi.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page