PM akan umum 'pelaburan penting' negara minggu ini
- Suara Keadilan
- Mar 28, 2023
- 1 min read

Perdana Menteri (PM) akan mengumumkan pelaburan baharu yang disifatkan sebagai komitmen tertinggi kerajaan Khamis atau Jumaat ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengumuman itu akan dibuat sempena lawatan rasmi beliau ke China yang bermula 29 Mac hingga 1 April ini.
"Ini sahaja yang boleh jamin tentang nasib rakyat, pendidikan, kesihatan rakyat," katanya di Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh malam tadi.
Anwar sebelum itu hadir pada pada majlis ramah mesra bersama diaspora Malaysia di negara itu bersempena lawatan rasmi sehari beliau ke Kemboja.
Sementara itu jelas Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu lagi, beliau mahu memastikan di bawah pentadbirannya ekonomi negara terus berkembang dan Malaysia mampu menjadi tarikan baharu bagi pelaburan.
Untuk itu katanya, semua aspek berkaitan termasuk prasarana, infrastruktur atau insentif perlu terus diperkasa selain memberi tumpuan terhadap aspek pendigitalan.
"Bila ada perubahan, maka ia boleh menarik pelaburan asing. Sebagai contoh Amazon yang mahu melabur di Malaysia walaupun ada negara lain yang menawarkan insentif menarik kepada mereka dan bila ia datang ke sini, ia akan menarik syarikat lain untuk datang," katanya dipetik.
Comments