top of page

PM akan adakan lawatan rasmi ke Jerman

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 10, 2024
  • 2 min read


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan sulung beliau ke Jerman dari 10 hingga 15 Mac ini.


Melalui satu kenyataan, Wisma Putra berkata PM akan disertai oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku, Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.


Melalui lawatan rasmi itu, Anwar dijadual akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat beliau, Canselor Jerman Olaf Scholz.


Kedua-dua pemimpin akan membincangkan kemajuan hubungan Malaysia-Jerman terutama kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan, alam sekitar dan kelestarian selain bertukar pandangan mengenai isu serantau serta antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.


Wisma Putra memaklumkan, PM akan mengadakan pertemuan dengan kapten-kapten industri dan para pelabur berpotensi dari Eropah, sesi wawancara dengan media tempatan, selain menghadiri majlis berbuka puasa bersama diaspora Malaysia di Jerman.

Semasa di Berlin, Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan di Yayasan Korber iaitu sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang memfokus kepada isu sosial dan politik serta ucaptama di SME Future Day 2024 anjuran Persatuan Perniagaan Kecil dan Sederhana Jerman (Bundesverband mittelständische Wirtschaft - BVMW).


Beliau turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier.


Anwar juga akan berkunjung ke Hamburg bagi menghadiri Majlis Makan Malam Persahabatan Asia Timur ke-101 (Ostasiatisches Liebesmahl) anjuran Persatuan Perniagaan Asia Pasifik Jerman.


Pada acara itu, PM dijadualkan menyampaikan ucaptama.


Anwar juga dijangka memberikan temu bual eksklusif kepada agensi akhbar Jerman.


Jerman adalah rakan perdagangan terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah sejak tahun 2000. Pada 2023, nilai dagangan Malaysia dengan Jerman meningkat sebanyak 5.9 peratus kepada RM63.45 bilion (AS$13.90 bilion) berbanding RM59.87 bilion (AS$13.62 bilion).


Lawatan rasmi Perdana Menteri dijangka mengeratkan lagi hubungan dua hala serta kerjasama pelbagai bidang di antara Putrajaya dan Berlin.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page