top of page

PM ajak rakyat semarakkan amalan wakaf



Jawatankuasa Nasional Tanah Wakaf akan ditubuhkan oleh kerajaan dengan objektif untuk pengembangan sektor kewangan sosial Islam, kata Perdana Menteri.


Dalam ucapannya ketika merasmikan Bulan Wakaf Kebangsaan 2023 yang disiarkan secara dalam talian pada Khamis, Datuk Seri Anwar berkata, kerajaan mensasarkan ia akan menyumbang kepada 20 peratus pengembangan sektor itu menjelang 2030.


"Bagi memastikan objektif keseriusan kerajaan, saya sendiri akan mempengerusikan jawatankuasa nasional ini," katanya.


Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebelumnya menjelaskan wakaf telah menjadi tradisi umat sejak zaman Rasulullah SAW apabila Baginda mewakafkan kebun kurma di Madinah dan kemudian melancarkan Masjid Quba.


Tradisi itu jelasnya telah diteruskan umpamanya pembinaan wakaf yang bukan sahaja melahirkan bukan masjid tetapi pusat pengajian, universiti utama dunia Islam termasuk Universiti Al Azhar.


"Wakaf di era moden pasca merdeka semakin rancak, sebagaimana di Indonesia, usaha itu berhasil melahirkan ratusan universiti, maahad tahfiz yang kebanyakannya diusahakan organisasi dakwah seperti Nahdatul Ulama (NU) dan Muhammadiyah," katanya.


Mengulas mengenai inisiatif Wakaf Madani yang diumumkan melalui Belanjawan 2023 baru-baru ini, Anwar memaklumkan pihaknya akan mengumumkan langkah-langkah bagi memajukan pembangunan inisiatif tersebut.


"Dalam belanjawan negara baru-baru ini, saya umumkan umpamanya pembentukan Wakaf Madani bermula dengan RM1 bilion (aset) atau usaha swasta.


"InshaAllah dalam masa terdekat kita boleh hubungkan secara lebih terencana apakah maksud Wakaf Madani ini dan langkah harus dilakukan untuk memajukan kegiatan wakaf secara keseluruhan," tambahnya.

Sementara itu, Anwar turut menggalakkan umat Islam, sama ada individu, persatuan, atau syarikat melihat inisiatif wakaf sebagai tradisi yang mesti dihidupkan.


"Jadi saya percaya dengan ikhtiar tambahan ini, kita dapat semarakkan lagi (wakaf) kerana selagi ikhtiar ini diteruskan terutamanya dalam bulan Ramadan, kita tentunya meningkatkan usaha amal jariah, sedekah, dan wakaf," kata Presiden KEADILAN itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page